"Hidup Tanpa Arah" itu la yang telah berlaku dalam hidup aku... Kemana arah tuju hidup aku pun aku tak tahu, sampai bila aku nak terus begini... Ya Allah, Kau bantu la aku mendapatkan pekerjaan yang sesuai denganku Ya Allah yang mampu hambamu ini jawat sudah lama aku begini aku memerlukan perubahan untuk hidup ku Ya Allah.

Itulah klu iman tak dijaga bagaimana nak berjaya... Ya Allah kenapa aku rasa dah semakin menyimpang, kau bantulah hambamu ini kau berilah hidayah dan rahmatmu kepadaku Ya Allah... kenapa la hati aku gelap tidak mahu berubah... aku perlukanMu disisiku tapi kenapa aku terus begini masih tiada perubahan...walaupunku kuatkan hati tapi lemah jua di tengah jalan, takutkan dosa dan bayang sendiri tapi masih tidak mahu berubah untuk mencari Mu Ya Rabbi.... aku hanya berkata dengan lidah percaya dengan hati tapi masih belum sempurna perbuatanku... Ya Allah berilah aku hidayah mu, aku memerlukannya... bantulah aku berubah supaya hidupku disinari cahaya oleh rahmatMu Ya Allah. Aku tahu aku hanya mendakatimu bila aku benar2 perlu, hinanya aku sebagai hambamu, tapi bantulah hambamu menjadi hambamu yang solehah... AMIN


No comments:
Post a Comment